Thursday 22 September 2016

HARI KEBANGSAAN 2016

TARIKH : 22 SEPTEMBER 2016
TEMPAT : SK.BANTING SIPITANG/KG. BANTING

Bertepatan dengan tema 'Sehati Sejiwa', semangat kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan dalam kalangan warga SK.Banting terserlah apabila Hari Kebangsaan disambut dengan meriah. Pelbagai acara dan pertandingan diadakam antaranya termasuklah Pertandingan Pakaian Kreatif, Basikal Berhias dan Perarakan Merdeka. Majlis sambutan diakhiri dangan penyampaian hadiah dan sesi bergambar.


Thursday 28 July 2016

SAMBUTAN HARI RAYA PRASEKOLAH 2016

TARIKH : 28 JULAI 2016
TEMPAT : PRASEKOLAH SK. BANTING SIPITANG

Prasekolah SK Banting Sipitang telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya pada 28 Julai 2016 yang dihadiri oleh ibubapa dan warga SK Banting.





Thursday 21 July 2016

RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2016

TARIKH : 21 JULAI 2016
TEMPAT : SK. BANTING SIPITANG

Sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri pada bulan syawal yg mulia ini. SK Banting Sipitang telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya pada 21 Julai 2016 dan sekaligus meraikan ulang tahun kelahiran Cikgu Siah yang ke 55.




Wednesday 20 July 2016

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ASIAH JAIR

TARIKH : 20 JULAI 2016
TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA LAWAS

Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Begitulah juga perjalanan PN. Asiah Jair@Cikgu Siah sebagai seorang guru di SK.Banting Sipitang. Cikgu Siah akan bersara secara rasmi pada 21 Julai 2016. Sempena persaraan beliau, satu majlis telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Lawas. 




Thursday 19 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU 2016

TARIKH : 19 MEI 2016
TEMPAT : SK. BANTING SIPITANG


Sempena dengan hari guru yang disambut pada 16 Mei 2016, SK Banting Sipitang telah mengadakan majlis yang diisi dengan acara-acara menarik bagi meraikan guru-guru yang selama ini menjadi pencetus kreativiti dan penjana inovasi murid-murid di SK. Banting. Tema hari guru pada tahun ini ialah GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.




Wednesday 30 March 2016

SELAMAT DATANG

Portal rasmi Sk Banting Sipitang yang baru kini dibuka bagi menggantikan portal lama yang tidak lagi digunakan. Sila tinggalkan komen dan cadangan untuk penambahbaikan.